Pages

Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Cikgu.......

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua guru termasuklah diriku ini... so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada isteri ku yang tercinta yang mengajar di SMK Palong Sebelas (F) N. Sembilan dan kawan-kawanku yang bergelar guru. Tak lupa juga kepada semua guru-guru ku yang telah mengajar dan mendidik ku hingga aku berjaya dalam kerjaya sekarang. Dan guruku yang paling beharga dihatai ini adalah bapa dan arwah ibuku. Dikaulah guru kepada yang telah mengajar erti kehidupan. 

Erm baru hari ni aku dapat menulis di blog ni. Smlm aku jadi pengacara majlis di Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Matrikulasi Johor. Majlis ringkas tetapi tetap memberikan makna yang besar kepada semua pensyarah diKMJ. Gimik sambutan adalah memotong pulut kuning dan semua pensyarah dapat cenderamata dari Kelab Staf iaitu sebiji telur rebus... besar makna telur tuh...

aku pun seorang cikgu. Aku mula dipostingkan di SMK Palong Sebelas (F) N. Sembilan selama lebih kurang 6 tahun. Selama berkhidmat disitu macam2 ragam murid yang dpt ku lihat. seronok bila hari guru sbb dapat byk hadiah dr murid. disana jugalah aku mulakan kerjaya dan memperbaiki diri dari sehari ke sehari tuk mendidik anak2 bangsa hingga berjaya. sekarang nih pun dah ader yg jd pakar forensik, doktor dsbnya. Tapi kini aku telah berkhidmat di KMJ dan akan sama2 meningkatkan pencapaian pelajar yang cemerlang ke IPTA. So lastly Happy Teachers Day..........


Lagu Guru Malaysia




 Lagu Tema Hari Guru 2011
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Ni adalah lagu khas tuk semua guru.....

1 comment:

Daddy Zuki said...

salam shah..abe dtg utk follow blog shah..maaf sbb lewat ziarah balas...abe pun cikgu gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...