Pages

Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Cikgu.......

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua guru termasuklah diriku ini... so di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada isteri ku yang tercinta yang mengajar di SMK Palong Sebelas (F) N. Sembilan dan kawan-kawanku yang bergelar guru. Tak lupa juga kepada semua guru-guru ku yang telah mengajar dan mendidik ku hingga aku berjaya dalam kerjaya sekarang. Dan guruku yang paling beharga dihatai ini adalah bapa dan arwah ibuku. Dikaulah guru kepada yang telah mengajar erti kehidupan. 

Erm baru hari ni aku dapat menulis di blog ni. Smlm aku jadi pengacara majlis di Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Matrikulasi Johor. Majlis ringkas tetapi tetap memberikan makna yang besar kepada semua pensyarah diKMJ. Gimik sambutan adalah memotong pulut kuning dan semua pensyarah dapat cenderamata dari Kelab Staf iaitu sebiji telur rebus... besar makna telur tuh...

aku pun seorang cikgu. Aku mula dipostingkan di SMK Palong Sebelas (F) N. Sembilan selama lebih kurang 6 tahun. Selama berkhidmat disitu macam2 ragam murid yang dpt ku lihat. seronok bila hari guru sbb dapat byk hadiah dr murid. disana jugalah aku mulakan kerjaya dan memperbaiki diri dari sehari ke sehari tuk mendidik anak2 bangsa hingga berjaya. sekarang nih pun dah ader yg jd pakar forensik, doktor dsbnya. Tapi kini aku telah berkhidmat di KMJ dan akan sama2 meningkatkan pencapaian pelajar yang cemerlang ke IPTA. So lastly Happy Teachers Day..........


Lagu Guru Malaysia




 Lagu Tema Hari Guru 2011
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Ni adalah lagu khas tuk semua guru.....

Tuesday, May 10, 2011

Qualitative Research Course

Perah otak semasa berbengkel
10 Mei 2011... pada hari ini KMJ dipenuhi dengan kursus mengikut jabatan dan unit-unit. Jabatan Sains iaitu jabatan aku buat kursus Kajian Kualitatif yang disampaikan oleh Pn Usha Devi pensyarah unit kimia yang skrg ini sedang berada di semester ketiga ijazah sarjana. bagus cara penyampaian dia. tp aku bila ler nak sambung belajar nih erk... erm lupakan dulu hingga ekonomi stabil..... Jika dikuti kajian kualitatif nih lagi senang nak di analisis data dari kajian kualitatif. so td berbengkel lah semua pensyarah sains dgn berulanya tajuk kajian hingga lah ke analisis........


hah tu pagi sampai petang and nasib baik disediakan makanan. Petang nyer pula ni ler dia aktiviti kitaorg plak.......
Pertandingan Tennis (L) Karnival Kelab Staf 2011

Nak tau aper yang menarik..... team aku menang tipis ngan team housemate aku.. jgn marah yer shukri...hahahahahahahahahaha... doakan team kitaorg menang esok plak. 
ok lah ngantuk nak tido... gudnite... wasalam

Monday, May 9, 2011

9 Mei 2011... KMJ membuka tirai.

Assalamualaikum semua. 9 Mei 2011 bermulanya sesi baru 2011/2012 di semua Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia bagi pensyarahnya sbb pelajar belom lagi mendaftar untuk sesi ini. Mereka akan mula mendaftar pada 23 Mei ini nnt. Macam biasa hari pertama setelah 2 minggu lebih bercuti, jumpa kawan-kawan dan berbual mcm2 benda apa yang berlaku di dalam cuti. Sampaikan ada rakan2 yang kena perli ngan Timbalan Pengarah sbb terlampau bising semasa beliau menyampaikan amanat pagi tadi.
         
Pagi tadi bermula dengan perhimpunan pagi di DKB2. Tapi semua terkejut dan resah disebabkan cafe tempat selalunya kitaorg breakfast pagi2 masih lagi tutup. Kafe pelajar lagi ler kan. Dah ler aku dari N9 dengan kelaparan aku melangkah juga ke perhimpunan pagi. Dalam perhimpunan ada lebih kurang 7 taklimat yang mesti didgr sbb maklum ler bermulanya sesi baru.

Kalo nak diceritakan nnt kot teman tak bangun lak pagi esok. Jd tuk arinih tuh jerk ler yang teman leh kongsikan. Esok teman akan masukkan dlm blog Unit Biologi aper amanat Timbalan Pengarah pg td. Erm sebelum teman tido teman nak ucapkan tahniah kepada rakan2 yang mengajar PDT sem lepas kerana keputusan yang cemerlang dan tahniah kepada rakan2 yang menerima surat kenaikan pangkat arinih. Doakan teman plak yer... hehhehe.. ok gudnite and adios... wasalam.......

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu.... buat arwah ibuku Noorsiah Othman...

Erm 8 Mei setiap tahun merupakan sambutan hari ibu. Ibuku yang sentiasa diingati ialah Noorsiah Bt Othman. Untung ku dapat ibu sepertimu.. diriku dimanja dan dijaga hinga akini aku telah bekerja dan sempat berbaktikepadamu ibu.... namu ape kan daya tuhan lebih menyangi dirimu..

ibuku telah kembali kerahmatullah pada 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal. Beliau meninggalkan kami sekeluarga degan tiba2... ibu aku sentiasa mendoakan kebahagianmu di alam sana. moga dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempa-tempat org yang beriman....

Sempena hari ibu ini daku mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah membesarkan ku hingga menjadi orang yang berguna dan mendoakan dirimu tenang dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

Arwah Ibu bersama aku, wife dan syakirin di Majlis berandoi Syakirin

Arwah Ibu gembira di Majlis Perkahwinan ku di Perak.
Hayatilah lagu ini..............

Come back....

Assalamualaikum.... kembali semula diriku di arena blogger. lama dah tak bersua and pasti banyak aktiviti yg sepatutnya diceritakan tp tak sempat untuk ditulis disini...so after this saya akan cuba sentiasa update untuk tatapan semua.

disini saya ingin menyelitkan satu video yang memberikan semangat untuk diriku berjuang di arena blogger nih. saksikan dan enjoy..............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...