Pages

Monday, May 9, 2011

9 Mei 2011... KMJ membuka tirai.

Assalamualaikum semua. 9 Mei 2011 bermulanya sesi baru 2011/2012 di semua Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia bagi pensyarahnya sbb pelajar belom lagi mendaftar untuk sesi ini. Mereka akan mula mendaftar pada 23 Mei ini nnt. Macam biasa hari pertama setelah 2 minggu lebih bercuti, jumpa kawan-kawan dan berbual mcm2 benda apa yang berlaku di dalam cuti. Sampaikan ada rakan2 yang kena perli ngan Timbalan Pengarah sbb terlampau bising semasa beliau menyampaikan amanat pagi tadi.
         
Pagi tadi bermula dengan perhimpunan pagi di DKB2. Tapi semua terkejut dan resah disebabkan cafe tempat selalunya kitaorg breakfast pagi2 masih lagi tutup. Kafe pelajar lagi ler kan. Dah ler aku dari N9 dengan kelaparan aku melangkah juga ke perhimpunan pagi. Dalam perhimpunan ada lebih kurang 7 taklimat yang mesti didgr sbb maklum ler bermulanya sesi baru.

Kalo nak diceritakan nnt kot teman tak bangun lak pagi esok. Jd tuk arinih tuh jerk ler yang teman leh kongsikan. Esok teman akan masukkan dlm blog Unit Biologi aper amanat Timbalan Pengarah pg td. Erm sebelum teman tido teman nak ucapkan tahniah kepada rakan2 yang mengajar PDT sem lepas kerana keputusan yang cemerlang dan tahniah kepada rakan2 yang menerima surat kenaikan pangkat arinih. Doakan teman plak yer... hehhehe.. ok gudnite and adios... wasalam.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...